Jumaat, 26 April 2013

Indahnya pelangi kerana berbeza warnanya..














Sama ada di media cetak mahupun elektronik kini, topik pilihanraya telah menjadi bualan, perbincangan dan sebutan. Sama ada pemimpin disemua lapisan dan rakyat di akar umbi terlalu asyik berbicara tentang politik dan piliharaya. Maka kedengaranlah hujah,kritikan, bangkangan, sokongan dan sebagainya yang pasti telah menyentuh emosi dan perasaan rakyat di pelbagai peringkat dan tempat. Perang poster parti-parti yang bertanding berkibar di semua sudut dan tempat untuk menarik sokongan terhadap parti masing-masing, sehinggakan tunggul kayu di tepi jalan yang selama ini sudah terbiar telah di balut dengan poster yang berbagai ragam, bentuk dan gaya. Malah dengan penggunaan teknologi terkini dalam dunia internet maka kepantasan untuk menyampaikan maksud kempen mereka nampaknya semakin rancak dikemaskini. Kerancakan medan siasah kini semakin menarik minat apabila ada saja janji atau tawaran yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin politik untuk memenangi hati para penyokong apatah lagi kepada para pengundi.

Pilihanraya bukanlah medan @ gelanggang untuk kita saling salah menyalah, tuding menuding, hina menghina antara satu dengan yang lain, mencari kesilapan lawan dan kawan, fitnah-memfitnah atau menjadi medan menunjuk kuat di antara satu dengan yang lain. Gelanggang politik ini sebenarnya adalah pentas atau gelanggang untuk mencari kesejahteraan hidup bernegara supaya semua rakyat diberi keadilan, dan menikmati kesejahteraan dalam kehidupan. 

Biarlah kita menjadi seperti pelangi, walaupun berbeza warna tetapi perbezaan itulah yang menunjukkan keindahannya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan